Tuesday, December 6, 2011

Resepi TomYam!

-RECALL.... RECALL... Aku xdapatlah nak bagi specific ukuran bahan2 dia, tapi ni based on yang aku masak semalam guna periuk yang agak besar....



Bahan2:-

bawang putih (5 ulas)

cili padi (8 ulas) nak pedas taruk lagik byk cili... 6 ulas untuk ditumbuk, dua ulas potong besar..

3 batang serai

5-6 daun limau (banyak pun xpe)

3 biji limau nipis

1 biji bawang besar (potong memanjang)

1 sudu sos tomato

1 sudu sos cili

2 kiub tomyam (aku guna kiub Maggi... nak guna adabi pun sodap!)

garam

pak aji (ajinomoto)

gula





Bahan BESAR

ayam (potong kecik2)

udang (buang kepala)

sutun aka sotong (potong kecil, xkan nak masukkan sekor tuh dalam periuk plak)

tomato

sayur caulliflower

sayur jagung kecik tuh

carrot (potong memanjang)

cili merah

apa2 laaa bahan yang korang nak taruk... daging bley, kubis bley, ikut suka perut korang .....




CARA-CARA BUAT:

1. Panaskan air dalam periuk...

2. Amik semua bawang putih and 6biji cili and tumbuk hingga lumut eh silap lumat......

3. Tumbuk serai2 and masukkan laaaa bawang putih+cili yang ditumbuk tadik teruk masuk dalam periuk tadik... Tunggu hingga mendidih....

4. Bila mendidih, masukkan AYAM SAHAJA dulu....

5. Agak2 ayam da masak, masukkan kiub tomyam... And then masukkan sos tomato and sos cili.....Then, masukkan daun limau purut....

6. Masukkan udang, sutun, carrot and caulliflower...

7. Bila da seketika, masukkan laaaa bahan2 terakhir seperti bawang besar, tomato, sayur jagung kecik, cili merah, cili padi yang da dipotong besar, and jus limau nipis (sila tapis biji!)

8. And last, masukkan garam, pak aji and gula mengikut rasa anda....



p/s: aku xtau ada benda aku tertinggal ke x... Kalau ada and rasa xsedap, im sori.. Tapi yang aku masak ni mmg kira marbeles.... Nyam nyam..... Pasni hari2 aku masak tomyam ja untuk Miji... Ha, makan! Makan!

Pertanyaan? Tanya ja kat komen yek... Nanti aku reply... Sekian, Chef Ijang blah dulu... Tata!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...